Thursday, August 22, 2013

Its Syawal 1434

Alhamdulillah, time flies. Thus, utilize each and every second of your life with good deeds and happiness.

Monday, June 3, 2013

Ya, masa berlalu tanpa menungu kita.  Maka penuhilah ia dengan ilmu, ibadat dan dakwah.  Semoga bermanfaat.

Mahu ke Mekah atau Disneyland?


Bismillah. Dahulukanlah hak dan perintah Allah Azza wa Jalla didalam segala hal, dapat kita perhatikan masih ramai yang mendahulukan Disneyland dari menunaikan Haji dan Umrah di Mekah. Kenikmatan hiburan dan memuaskan hawa nafsu mengatasi nikmat dan kelazatan beribadah kepada Allah Ta'ala.

Mengapa jadi begini? 
Sesungguhnya dunia ini sangat menghayalkan dan sungguh mempersonakan bagi manusia yang lalai.

Anak-anak yang sepatutnya ditarbiyah supaya menjadi seorang muslim yang taat dan tidak lalai dengan perintah Allah telah disogok dengan hiburan, kemewahan dan kemaksiatan semata-mata.

Ramai yang beralasan masih tidak sampai seru untuk menunaikan Ibadah Haji dan Umrah.
Perhatikan, walaupun wang, tenaga dan segala syarat sudah mencukupi tetapi masih ramai yang beralasan dan berdolak-dalih. Kenapa ya?
Bagaimana pula seruan untuk ke Disneyland dan melancong ke negara-negara kuffar?

Semoga tulisan ringkas ini dapat mencetus semangat untuk kita mendahulukan hak dan perintah Allah Azza wa Jalla.

Firman Allah didalam Surah Az Zariyat:56 (Terjemahan)

"Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata"

Thursday, March 21, 2013

FRIDAY : )


Bismillah. Ya benar, Allah Maha Adil, setiap seorang daripada kita diberi pilihan untuk menikmati syurga Allah Azza wa Jalla. 

Tidak kira apa pun latar belakang kita, samada tukang sapu mahupun pengurus. Tidak kira gemuk mahupun kurus. Tidak kira kaya mahupun yang tidak berfulus. Yang penting hati perlu ikhlas dan tulus. 
Dengan itu pelajarilah Aqidah Islam. Dengan mematuhi Sunnah Rasulullah sallallahu alaihiwasalam. Tidak perlu taksub dan bertaqlid buta kepada sheikh akal-akalan, yang jelas jahil tentang agama dan amalan. 
Segala amalan ibadat yang berdasarkan akal-akalan jelas akan tersasar. Maka berfikirlah dengan waras dan janganlah kamu gusar. Tingkatkanlah tahap ilmu dan iman terhadap Allah yang Maha Besar. 
Janganlah taksub dan terkejar-kejar dengan kemewahan dunia korporat. Semoga pengisian kali ini bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

"Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah Ta'ala maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah Ta'ala, maka tidak siapapun dapat memberi hidayah kepadanya".



Wednesday, February 6, 2013

Time Flies

Please utilize your time. Never-ever waste it for others, especially on maksiat and perkara mungkar. Always learn from your mistakes...and please do not repeat it.  Baarakallahu feekum.