Monday, June 3, 2013

Ya, masa berlalu tanpa menungu kita.  Maka penuhilah ia dengan ilmu, ibadat dan dakwah.  Semoga bermanfaat.

Mahu ke Mekah atau Disneyland?


Bismillah. Dahulukanlah hak dan perintah Allah Azza wa Jalla didalam segala hal, dapat kita perhatikan masih ramai yang mendahulukan Disneyland dari menunaikan Haji dan Umrah di Mekah. Kenikmatan hiburan dan memuaskan hawa nafsu mengatasi nikmat dan kelazatan beribadah kepada Allah Ta'ala.

Mengapa jadi begini? 
Sesungguhnya dunia ini sangat menghayalkan dan sungguh mempersonakan bagi manusia yang lalai.

Anak-anak yang sepatutnya ditarbiyah supaya menjadi seorang muslim yang taat dan tidak lalai dengan perintah Allah telah disogok dengan hiburan, kemewahan dan kemaksiatan semata-mata.

Ramai yang beralasan masih tidak sampai seru untuk menunaikan Ibadah Haji dan Umrah.
Perhatikan, walaupun wang, tenaga dan segala syarat sudah mencukupi tetapi masih ramai yang beralasan dan berdolak-dalih. Kenapa ya?
Bagaimana pula seruan untuk ke Disneyland dan melancong ke negara-negara kuffar?

Semoga tulisan ringkas ini dapat mencetus semangat untuk kita mendahulukan hak dan perintah Allah Azza wa Jalla.

Firman Allah didalam Surah Az Zariyat:56 (Terjemahan)

"Tidak Kujadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembahKu semata-mata"

No comments:

Post a Comment